Lumrah manusia setelah mengetahui sesuatu atau seseorang bukanlah seperti yang diharapkannya akan mengeluh atau menyesali atas apa yang telah dijangkanya itu..Benar kata pepatah, jangan dinilai daripada kulit luarnya (Don't judge a book by its cover)..Mungkin kerana itu, kita diingatkan supaya tidak mempercayai sesuatu atau seseorang sepenuhnya iaitu 100% atau lebih mudah dikatakan membuta tuli..Cinta itu buta tapi tidak pula ada pepatah 'cinta itu tuli'..Padahal, masa itu kesemua pancaindera yang dianugerahi Ilahi 'punah' akibat panahan cinta duniawi..Mungkin bukan biasa pepatah 'cinta itu tuli', buta juga yang dapat nama walaupun memakai pancaindera yang satu iaitu mata sahaja..Apakah pancaindera yang lain seperti mulut, telinga, kaki dan tangan dianggap seperti mata juga?..Kesemua pancaindera ini juga buta?..Hanya manikam yang mengenal jauhari..Hanya empunya diri saje yang layak untuk mengungkap pepatah yang sesuai dengannya..Wallahua'lam..Hanya Allah juga yang mengetahui apa yang di dalam hati manusia..
Kepuasan
Tidak puaskah manusia atas apa yang sudah dimilikinya?..Ataupun yang bakal dimiliki pada masa hadapan?..Manusia sememangnya tidak puas..Namun, kepuasan yang bagaimana?..Setiap seorang manusia mempunyai pelbagai persepsi kepuasan mereka..Kepuasan duniawi adalah yang paling digemari walaupun mengetahui bahawa dunia ini fana..Adapun sesetengah manusia menyifatkan pengabdian kepada Tuhannya adalah satu bentuk kepuasan diri..Sehinggakan menjadi ketaksuban pada yang lain, menjanjikan kehidupan abadi ke arah laluan yang nyatanya terpesong dari ajaran hakiki..