Sunday, 3 December 2006

TanpaMU...

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...
sebenarnyer aku pun taktau nak tulis apa sbg title... so, aku letak jer la "TanpaMu", sempena tajuk lagu kumpulan InTeam dalam album Tiada Lagi Kasih yang aku tengah dengar tatkala ini... cewah... bermadah lak aku...
la ni, aku tgh bersiap yakni berkemas-kemas atau mengemas beg dan keperluan, apa yang patut aku bawak ke CEPP nanti. Sedar tak sedar, tinggal tak sampai sehari jer lagi utk aku bertolak. Untuk pengetauan semua, aku g dgn train. kul 2200 (3/12/2006) dari KL Sentral, n sampai ke JB dalam kul 0556 ((4/12/2006), mengikut yang tercatit di dalam tiket train tersebut.
Actually, aku nak tulis kat dalam my own blog, tapi ntah mengapa, malam ni, takleh masuk lak. Terpaksa la aku mencoret kat sini. Tak salah kan??? kalo aku nak berkongsi luahan perasaan kat sini.
Tatkala ini, aku sedang mendengar lagu Pesona Dunia, dari InTeam. Mmg kalo lagu2 dari anak buah Hijjaz, mmg menyentuh perasaan. Terasa kekerdilan diri. Terasa ketidakcukupan amal utk dibawa menemui Ilahi. Namun, hakikat insan, sentiasa terlalai dan terleka dgn dunia, begitu jugalah dgn diri aku ini.... hanya mengharapkan teman2 utk mengingatkan diri.

dan kat sini, aku nak mengingatkan diri aku dan teman2 semua. Satu pendapat dari banyak pendapat tentang kaler rambut. Fatwa dari jabatan mufti negeri/negara Brunei darussalam. yang ni aku buat rumusan, semoga Allah mengampunkan jika tersalah merumus...

Yang pertama, sunat mewarna rambut dgn kaler kuning atau merah bagi rambut atau janggut yg beruban sama ada lelaki atau perempuan (tapi insyaAllah, perempuan takder janggut). namun, keSUNATan ini, jika guna inai. kalo yg lain, wallahu'alam.

Yang kedua, haram kaler rambut dgn kaler hitam. tak kira lelaki atau perempuan. tapi pengharaman ini dikecualikan pada yang berperang fi sabilillah dgn niat utk menakutkan pihak musuh.

yang ketiga, tentang pewarna rambut di pasaran, yang bertanda HALAL, fatwa tersebut meminta umat Islam berhatihati dgn bahan yg digunakan. kerana, mungkin bahan2nya bersih lagi suci, tapi menutupi rambut (tak telus air).

dan, yang keempat, sebaik-baik pewarna rambut (kalo nak kaler rambut) ialah inai.

wallahu'alam

Aku sampaikan ini sbb ramai yg tak tau status keharusan kaler rambut ni, tahap dia harus mutlak atau tak. jadi, di harap, lepas ni kita dapat la jaga diri kita agar tak termasuk dalam perkara yg syubhah.....

No comments: