Tuesday 23 January 2007

Hari 'Asyura

Pada 20 Januari yang lalu kita telah menyambut tahun baru mengikut kalendar Hijrah (1 Muharam 1428 H). Dan, tak lama lagi, iaitu pada 29 Januari, bersamaan dengan hari Isnin atau lebih tepat lagi 10 Muharam 1428 H sekali lagi kita akan menyambut satu tarikh yang penting dalam sirah Islam, iaitu hari 'Asyura.

Terdapat pelbagai fadhilat pada hari tersebut, namun saya sedang berusaha mencari sumber2 dari Al-Qur'an dan Hadith ataupun pendapat Sahabat dan Ulama' yang muktabar agar segala amal yang kita lakukan tidak bersalahan dengan Syar'iah dan 'Akidah Islam.


Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Nabi saw. puasa pada hari Asyura dan beliau perintahkan mempuasakannya. Setelah puasa Ramadhan diwajibkan, ditinggalkannya (puasa Asyura). Dan biasanya Abdullah (Ibnu Umar) tidak puasa pada hari itu, kecuali kalau bertepatan dengan hari yang ia biasa berpuasa pada hari itu."

Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya: " Nabi saw. mengutus seorang laki-laki memberitahukan kepada orang banyak tentang hari Asyura. Sabda beliau, "Siapa yang telah makan, teruskanlah atau puasalah. Dan siapa yang belum makan, maka janganlah makan."

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: " ketika Nabi saw. tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasapada hari Asyura, Nabi saw. bertanya, "hari apa ini?" jawab merela, "Hari ini hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh-musuh merek, kerana itu Musamempuasakannya." Sabda Nabi saw., " aku lebih berhak daripadamu dengan Musa. Kerana itu Nabi mempuasakannya dan menyuruh mempuasakannya."

Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya: " Nabi saw. menyuruh seorang laki-laki dari suku Aslam, sabdanya: " Beritahukanlah kepada orang banyak, bahawa siapa yang telah makansupaya ia mempuasakan sisa harinya dan siapa yang belum makan, hendaklah ia puasa, kerana hari ini adalah hari 'Asyura."

kesemua hadith di atas, dipetik dari "Terjemahan Hadith Shahih Bukhari".

1 comment:

Anonymous said...

InsyaAllah..sama2lah kita berpuasa pada hari Asyura nnt.. =)

*cahayakepujian*