Rasanyer dah lama aku tak memblog lat blog ni, walaupun tak sampai sebulan kot selepas post aku yg terakhir. Blog ni pun semakin suram dek kerana blogger2nyer dah start praktikal.
Aku pun, walaupun boleh mendapat pautan internet dari rumah, tapi, lepas balik jer dah penat. Belum ada lagi hari yg tak kene buat OT. Aku dapat meluangkan masa untuk menulis kat blog ni pun disebabkan tersedar dari pengsan dua hari. Kalo tak, maybe tak dapat nak post apa2....
Tapi, disebabkan lepengsanan tersebut, otak aku lak takleh nak berfikir. Skrg tetiba jer blur, taktau nak tulis apa. Tapi, kalo aku tak tulis apa2 lak, semakin suram la pulak blog ni. Takkan ku biarkan blog ni mati sebelum ajal....
............
Kekadang, terpikir gak la, apa tujuan aku masuk program INSEP-NBD ni. Bila dah masuk le alam praktikal ni, nampak mcm indah khabar dari rupa. Bukan program ni tak bagus, tapi produk2 herba yang ada sekarang. Terlalu banyak pembohongan. Pembohongan dari segi raw material, pemprosessan, dsbg.... tapi, pembohongan yang paling besar ialah yg terdapat dalam marketing, claim mcm2... kekadang tu melanggar akta under BPFK. Tak pulak kene ambil tindakan.
Aku paham la, most yg buat semua tuproduk syarikat bumiputera (but yg non-bumi pun buat gak perkaya yg sama). Tapi, sampai bila kita nak menegakkan benang yg basah... kalo dah salah tu, salah lah. Sepatutnyer kalo nak tolong bumiputera, kita kena la tolong pastikan produk2 depa tu baguih... baru la orang luar nak percaya.
sampai bila kita nak mengharap market dalam negara kita yg kecil ni?? Orang kita pun semakin pandai memilih. Kalo dah produk kita mahal dari produk luar, tentu ramai yg memilih produk luar. Sbb mereka yakin. Takder claim2 yg mengarut. harga lebih murah walaupun imported. Produk kita, dah la claim sampai ke tahp yg tak sepatutnyer. Pastu lak, marketing dilakukan oleh org yg purely marketing, cakap mcm hampeh... Kalo dia cakap kat orang yg tak belajar sains, mungkin la boleh terpengaruh...
Aku bukan nak kondem barang2 yg kita keluarkan. tapi, as a Muslim, kita ada pegangan. Dalam surah Al-Baqarah, ayat ke 42 Allah berfirman, "Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui".
Kalo sesuatu tu salah, salah lah, jgn nak kata betul. Kalo betul, maka katakan lah betul, jgn disembunyikan. dan jgn la pulak kita campurkan yg betul dgn yg salah. Claim jer la yg betul. Jgn la campur2..... pastu lak, lako dah mmg sesuatu herb tu digunakan utk sesuatu penyakit, naper nak sorok.
Kita hidup ni, kene lihat sesuatu bukan sekadar dari sudut 360 darjah jer. Kita kene lihat dari pendangan org lain skali. Yang paling penting, kita kene lihat dari pandangan Allah. Adakah Dia suka, atau tidak.
terlalu banyak yang tak terluah dgn kata2 dan terlalu berat utk diperkatakan. Dalam menaikkan industri herba negara, ketelusan dan ketulusan amat diperlukan. Bukan semata-mata melihat keuntungan , tapi yang lebih penting, kesejahteraan dalam kehidupan..........
Monday, 19 February 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment