Friday 20 July 2007

DAUN KELAPA SAWIT....

Artikel dari http://www.utusan.com.my/



Teh daun kelapa sawit cegah risiko jantung, darah tinggi
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL


KUALA LUMPUR 19 Julai – Sekumpulan penyelidik dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi saintis pertama di dunia menghasilkan teh daripada daun kelapa sawit.
Lebih membanggakan, kajian yang diketuai Prof. Dr. Suhaila Mohamed itu juga berjaya menemui kandungan bahan aktif di dalam daun kelapa sawit iaitu polyphenols yang mampu bertindak sebagai agen antioksidan dan berpotensi mencegah risiko penyakit kardiovaskular.
Menurut beliau, polyphenols yang diperoleh menerusi proses pengekstrakan daun kelapa sawit itu merupakan kandungan bahan aktif yang sering ditemui di dalam tumbuhan herba dan digunakan secara meluas dalam dunia perubatan.
‘‘Keberkesanan polyphenols di dalam daun kelapa sawit ini juga sudah diuji ke atas tikus makmal yang menghidap tekanan darah tinggi serta mempunyai kolesterol dalam darah yang tinggi dengan kesan penyembuhan yang baik,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Perniagaan Agrobio Ketiga bertemakan Budaya Global dan Pengantarabangsaan Industri Agrobio di sini baru-baru ini.
Suhaila menjelaskan, kandungan polyphenols di dalam daun kelapa sawit itu juga mampu bertindak sebagai agen kepada antitekanan darah tinggi (hypertension) dan antiobesiti dalam masa yang sama bertindak melindungi organ-organ tertentu di dalam badan termasuk hati, buah pinggang dan tisu-tisu jantung.
Melihat kepada kelebihan itu tambah beliau, daun kelapa sawit boleh diproses dan dijadikan sebagai makanan kesihatan sampingan termasuk sebagai minuman teh, kordial, tablet dan coklat.
Ia secara tidak langsung, katanya, mampu menambah nilai kepada tanaman komoditi utama negara itu dan dalam masa yang sama mengurangkan pembuangan sisa daripada industri tersebut dengan menukarkannya kepada produk yang bernilai kepada manusia.





so, pasni kita try kaji daun nyok pulak. pastu daun pinang, daun rambutan pun ada potensi gak...

ah!!! banyak la khazanah alam yg boleh kita teroka...

4 comments:

mhelmi said...

Very interesting finding. Last week br aku nampak beberapa guni daun kelapa sawit kt CEPP. Tp xtau plak sape yg antar daun2 tu n diorg nak bt ape. Mase tu blum tau lg benefit daun kelapa sawit ni. Diorg nak bt analysis kt sini kot.

marzs said...

khazanah alam mmg byk...sbb aku keje kat khazanah..hahahaha
bgus jugak potensi daun kelapa sawit ni ek... ada potensi utk dipasarkan ke antarabangsa...msti mantep punyer la...

Yazid Husain said...

benda dah lama dengar masa aq MRSM lagi, masa kawan aq (Dr. Apau) buat project teh kelapa sawit ini - year 2000-2001

aiyrie said...

bertambah bengang la US dgn kelapa sawit kita...
entah apa lak derang nak fitnah sawit tu nanti.......