Friday 8 May 2009

Emosi..

Bukan Seperti yang Diharapkan

Lumrah manusia setelah mengetahui sesuatu atau seseorang bukanlah seperti yang diharapkannya akan mengeluh atau menyesali atas apa yang telah dijangkanya itu..Benar kata pepatah, jangan dinilai daripada kulit luarnya (Don't judge a book by its cover)..Mungkin kerana itu, kita diingatkan supaya tidak mempercayai sesuatu atau seseorang sepenuhnya iaitu 100% atau lebih mudah dikatakan membuta tuli..Cinta itu buta tapi tidak pula ada pepatah 'cinta itu tuli'..Padahal, masa itu kesemua pancaindera yang dianugerahi Ilahi 'punah' akibat panahan cinta duniawi..Mungkin bukan biasa pepatah 'cinta itu tuli', buta juga yang dapat nama walaupun memakai pancaindera yang satu iaitu mata sahaja..Apakah pancaindera yang lain seperti mulut, telinga, kaki dan tangan dianggap seperti mata juga?..Kesemua pancaindera ini juga buta?..Hanya manikam yang mengenal jauhari..Hanya empunya diri saje yang layak untuk mengungkap pepatah yang sesuai dengannya..Wallahua'lam..Hanya Allah juga yang mengetahui apa yang di dalam hati manusia..
Kepuasan
Tidak puaskah manusia atas apa yang sudah dimilikinya?..Ataupun yang bakal dimiliki pada masa hadapan?..Manusia sememangnya tidak puas..Namun, kepuasan yang bagaimana?..Setiap seorang manusia mempunyai pelbagai persepsi kepuasan mereka..Kepuasan duniawi adalah yang paling digemari walaupun mengetahui bahawa dunia ini fana..Adapun sesetengah manusia menyifatkan pengabdian kepada Tuhannya adalah satu bentuk kepuasan diri..Sehinggakan menjadi ketaksuban pada yang lain, menjanjikan kehidupan abadi ke arah laluan yang nyatanya terpesong dari ajaran hakiki..

6 comments:

Unknown said...

thanks lawat blog sy...rasa malu gak bwak gadjet tu,rmai mata yg memandang,mcm pelancung papua new geunie,haha,salam kenalan

Cahaya~Petunjuk said...

"Adapun sesetengah manusia menyifatkan pengabdian kepada Tuhannya adalah satu bentuk kepuasan diri..Sehinggakan menjadi ketaksuban pada yang lain, menjanjikan kehidupan abadi ke arah laluan yang nyatanya terpesong dari ajaran hakiki.."

maap,mencelah idea, minda tertanya...

tak berapa nak paham yg ni,pengabdian kepada Tuhan pastinya menjadi arah pandu kepada apa jua laluan..insyaAllah.

aiyrie said...

Mencari kepuasan itu bermaksud kita masih belum puas. Jika kepuasan itu telah ditemui, untuk apa masih mencari.

Taksub melambangkan ketidakpuasan. Hanya hati yang tidak merasa puas sahaja yang taksub pada sesuatu. Menghadap Tuhan dengan rasa kepuasan adalah ciri-ciri insan yang qanaah. Redha pada yang tiada, syukur pada yang ada.

Pengabdian kepada Tuhan bukanlah kerana tidak merasa puas, tetapi menunjukkan rasa kepuasan atas segala rahmat-Nya.

Tanda ketidakpuasan hati ialah usaha yang tidak pernah mengenal lelah untuk mencapai apa yang dihajati tanpa peduli ajaran Ilahi.

Hati yang tenang dapat dibuktikan dengan amalan yang sentiasa mengikut ajaran Tuhan. Setiap perbuatan didahulukan dengan pertanyaan, "apakah ini dibenarkan Tuhan?".

superyrzaf said...

HELLO... Saja blogwalking... cemana life? Still berminat dgn kamera? :D

1 Name Card 1 Malaysia said...

nice...

No Lan said...

assalamualaikum sya...

sori kakNo tak tahu nak jawab kat mana..izinkan kakNo jwb di sini aje la ye..sebenarnya pokok tu kakNo tanam kat labuan, skarang kakNo br je pindah ipoh kira2 3minggu dan kakNo hanya membawa balik benih2nya sahaja untuk ditanam..tp nampaknya rumah sewa kakNo ni takde tanah la pla..klo ditanam akan mengambil masa kita2 2/3bulan br dia subur naik,,